Rabu, 21 September 2011

KERETA TANPA PEMANDU

Pernah tak korang terbayang kereta yang boleh bercakap, melihat dan memandu serta tidak memerlukan manusia untuk mengawalnya dari jarak jauh macam kereta kawalan jauh.

Kereta ni betul-betul wujud kat dunia ni dan bukan kat dalam filem.Kalau korang nak tengok kereta ni korang boleh tengok kat berlin, Jerman.



Kereta ni boleh bergerak sendirian dengan menggunakan gabungan peranti, termasuk komputer, elektronik dan sistem pemandu arah ketepatan satelit, pengimbas laser di atas bumbung dan sekitar bumper depan dan belakang. Kereta ini juga boleh mengenal pasti kereta lain di jalan raya, pejalan kaki, bangunan dan pokok yang terletak sejauh 70 meter di sekelilingnya. Malah, ia juga boleh melihat lampu isyarat di depan merah atau hijau dan bertindak sepatutnya.

Kajian ini telah dijalankan keatas kereta Volkswagen Passat dengan melengkapkan teknologi khas yang menelan belanja 400,000 euro (RM1.7 juta) sejak empat tahun lalu.

bobok : kereta ni kalau setakat boleh bergerak sendiri je tak pe. ni siap boleh bercakap lagi. mahunye tengah-tengah malam dia merengek tak pasal-pasal je nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan